BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

8 December 2012

Koleksi Mutiara Kata

"hidup ini ibarat rokok.. semakin lama,, semakin ia pendek.. suatu perkara yang membezakan rokok dengan kehidupan ialah rokok boleh diganti selepas ianya habis,, namun kehidupan yang diberi oleh Allah hanya sekali.. ia tidak boleh diganti mahupun dibeli.."
-Fikri Rosli-

"apabila fitnah serta kemungkaran telah sebati dalam kehidupan,, untuk merubahnya dianggap sebagai suatu kesalahan.."
-Faezi Syakir-

"tidak semua manusia berfikir menggunakan akal.. ada segelintir yang berfikir menggunakan lidah,, ada juga yang menggunakan tangan,, dan ada pula 'lain-lain'.."
-Nazry Halim-

"syaitan akan berusaha menyesatkan serta memesongkan hati-hati manusia walau dengan apa cara sekalipun.. apabila dosa dipandang remeh dan terasa berat untuk melakukan amalan,, ia bermakna hati kamu sudah mula trepesong.."
-Khairuddin Azman-

"mengapa ada di kalangan kita yang mengambil remeh serta tidak bersungguh-sungguh semasa berdoa,, sedangkan kita tidak tahu bila masanya doa kita diangkat dan dimakbulkan??"
-Ustaz Arif-

"Islam itu bukanlah bebanan yang perlu dipikul,, bukan juga halangan yang harus ditempuh.. sebaliknya,, Islam adalah suatu anugerah dari Allah.. untuk memiliki suatu anugerah bukanlah perkara yang mudah,, ia memerlukan sedikit pengorbanan.. pengorbanan itu pula diiringi tanggungjawab.. andai kamu tidak bersedia memikul tanggungjawab itu,, maka bererti kamu tidak bersedia untuk menerima anugerah yang tidak ternilai ini.."
-Kak Siti Amyra-

"lebih baik aku tinggal bersama orang-orang yang telah mati di kubur kerana mereka tidak akan sesekali mengata serta bercerita akan keburukanku di belakangku,, apatah lagi di hadapanku.. baru aku sedar betapa kejinya sifat hasad dengki apabila aku tinggal bersama orang-orang yang masih hidup.."
-Muhammad Irsyad-

"DU'A is a free outgoing call to GOD.. no network or battery problem.. always good signal and all messages sent.."
-Ashraf Saad-

"Islam dan kekufuran ibarat dua buah bangunan.. kukuhnya bangunan Islam hasil daripada batu bata muslim,, manakala bangunan kekufuran terdiri daripada batu bata kuffar.. apabila beberapa batu bata kuffar dimasukkan ke dalam binaan bangunan Islam,, maka semakin kukuhlah ia.. bangunan kekufuran pula akan semakin rapuh.. begitulah analogi dakwah.. apabila kita dapat menarik seorang kafir memeluk agama Islam,, semakin kukuhlah Islam itu sendiri.. begitulah juga sebaliknya.."
-Ustaz Azwa-

"mungkin kamu melihat senyuman terukir pada wajah seseorang,, namun di sebalik senyuman itu tersemat seribu satu kedukaan.. mungkin juga kamu melihat gelak tawa seseorang,, namun di sebalik gelak tawa itu tersimpan tangisan yang berpanjangan.."
-Syahir Ahmad-