BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS


8 December 2012

Koleksi Mutiara Kata

"hidup ini ibarat rokok.. semakin lama,, semakin ia pendek.. suatu perkara yang membezakan rokok dengan kehidupan ialah rokok boleh diganti selepas ianya habis,, namun kehidupan yang diberi oleh Allah hanya sekali.. ia tidak boleh diganti mahupun dibeli.."
-Fikri Rosli-

"apabila fitnah serta kemungkaran telah sebati dalam kehidupan,, untuk merubahnya dianggap sebagai suatu kesalahan.."
-Faezi Syakir-

"tidak semua manusia berfikir menggunakan akal.. ada segelintir yang berfikir menggunakan lidah,, ada juga yang menggunakan tangan,, dan ada pula 'lain-lain'.."
-Nazry Halim-

"syaitan akan berusaha menyesatkan serta memesongkan hati-hati manusia walau dengan apa cara sekalipun.. apabila dosa dipandang remeh dan terasa berat untuk melakukan amalan,, ia bermakna hati kamu sudah mula trepesong.."
-Khairuddin Azman-

"mengapa ada di kalangan kita yang mengambil remeh serta tidak bersungguh-sungguh semasa berdoa,, sedangkan kita tidak tahu bila masanya doa kita diangkat dan dimakbulkan??"
-Ustaz Arif-

"Islam itu bukanlah bebanan yang perlu dipikul,, bukan juga halangan yang harus ditempuh.. sebaliknya,, Islam adalah suatu anugerah dari Allah.. untuk memiliki suatu anugerah bukanlah perkara yang mudah,, ia memerlukan sedikit pengorbanan.. pengorbanan itu pula diiringi tanggungjawab.. andai kamu tidak bersedia memikul tanggungjawab itu,, maka bererti kamu tidak bersedia untuk menerima anugerah yang tidak ternilai ini.."
-Kak Siti Amyra-

"lebih baik aku tinggal bersama orang-orang yang telah mati di kubur kerana mereka tidak akan sesekali mengata serta bercerita akan keburukanku di belakangku,, apatah lagi di hadapanku.. baru aku sedar betapa kejinya sifat hasad dengki apabila aku tinggal bersama orang-orang yang masih hidup.."
-Muhammad Irsyad-

"DU'A is a free outgoing call to GOD.. no network or battery problem.. always good signal and all messages sent.."
-Ashraf Saad-

"Islam dan kekufuran ibarat dua buah bangunan.. kukuhnya bangunan Islam hasil daripada batu bata muslim,, manakala bangunan kekufuran terdiri daripada batu bata kuffar.. apabila beberapa batu bata kuffar dimasukkan ke dalam binaan bangunan Islam,, maka semakin kukuhlah ia.. bangunan kekufuran pula akan semakin rapuh.. begitulah analogi dakwah.. apabila kita dapat menarik seorang kafir memeluk agama Islam,, semakin kukuhlah Islam itu sendiri.. begitulah juga sebaliknya.."
-Ustaz Azwa-

"mungkin kamu melihat senyuman terukir pada wajah seseorang,, namun di sebalik senyuman itu tersemat seribu satu kedukaan.. mungkin juga kamu melihat gelak tawa seseorang,, namun di sebalik gelak tawa itu tersimpan tangisan yang berpanjangan.."
-Syahir Ahmad-


22 November 2012

Detik Kewafatan Kekasih Allah



Sebelum malaikat Izrail diperintah Allah SWT untuk mencabut nyawa Nabi Muhammad SAW, Allah SWT berpesan kepada malaikat Jibril. "Wahai Jibril, jika kekasih-Ku menolaknya, laranglah Izrail melakukan tugasnya!" Sungguh berharganya manusia yang satu ini yang tidak lain adalah Nabi Muhammad SAW.

Di rumah Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk sambil berkata, "Maafkanlah, ayahku sedang demam" kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah kembali menemani Nabi Muhammad SAW yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, sepertinya orang baru, kerana baru sekali ini aku melihatnya" tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah wahai anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut "kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut pun datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.



Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah SWT dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu "kata Jibril.



Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jmalaikat ibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar bahawa Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya malaikat Izrail melakukan tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.



Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal" kata Jibrail.



Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku" Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-solaati, wamaa malakat aimaanukum (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)".



Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii! (Umatku, umatku, umatku) ". Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi sinaran itu.

26 July 2012

Cermin Dan Perempuan