kau ibarat sebutir permata
tidak ternilai harganya
sukar untuk dicari
juga tiada pengganti
nasihatmu penguat diri
setiap kata disusun sempurna
supaya tiada hati yang terluka
tingkahmu penuh keikhlasan
tidak pernah kau beri alasan
selagi mampu akan kau laksanakan
namun hadirmu seketika cuma
kau pergi dengan tiba-tiba
tiada lagi kata semangat
tiada lagi kata azimat
saat ini engkau telah tiada
kehilanganmu barulah dirasa
kami terima segalanya
kerana ia ketentuan Yang Esa
engkau pernah berkata
ajal tidak mengenal usia
tidak pernah kami menyangka
kau kan pergi meninggalkan semua
engkau srikandi agama
hayatmu tidak sia-sia
damailah engkau di sana
menemani para syuhada
perginya seorang mujahidah
Nur Aisyah binti Mohd Noor
16 Oktober 1993 - 18 Jun 2014
al-Fatihah