21 September 2013
23 June 2013
16 May 2013
Siapalah Kita Tanpa Mereka..
siapalah kita tanpa mereka..
ilmu yang diberi penuh bermakna..
menjadikan kita insan yang lebih sempurna..
setiap tutur kata membawa kita melangkah lebih jauh,, terus menapak di atas dunia..
siapalah kita tanpa mereka..
ketegasannya ibarat seorang ayah yang ingin mendidik anak-anaknya..
kasarnya di luar,, namun di hati berbeza..
terkadang senyuman tidak terpancar di wajah,, namun di hati sentiasa..
siapalah kita tanpa mereka..
kelembutannya ibarat seorang ibu yang senantiasa membelai anak-anaknya..
dalam dakapan,, pengajaran diberi kepada kita..
bahu tersedia tatkala kita berduka..
siapalah kita tanpa mereka..
lihatlah sekarang di mana kita berada..
lihatlah apa yang dimiliki oleh kita..
lihatlah pencapaian dan anugerah yang kita bangga..
semuanya itu tidak akan dapat kita rasa..
sekiranya kita tidak kenal mereka..
sekiranya doa mereka tidak mengiringi kita..
siapalah kita tanpa mereka..
hanya satu nama di sebalik semuanya..
GURU,, dikaulah yang kami cinta..
terima kasih atas segalanya..
Sajak : Siapalah Kita Tanpa Mereka
Nukilan : Mohamad Akmal Bin Rosli
Tarikh : 16 Mei 2013
selamat hari guru diucapkan kpd smue guru2 di malaysia,, khususnya guru2 yg prnah mndidik & mngajar sy di SRAB Segamat,, SMAKJ Kluang, Maahad Johor, KMNS K.Pilah, USIM Nilai.. hanya Allah yg mmpu mmbalas jasa kalian.. :)
Posted by inspirasee at 09:26 0 comments
27 April 2013
Kursus Protokol ULPM
Alhamdulillah.. Baru je selesai Kursus Protokol yang dianjurkan oleh Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) USIM.. Penceramah undangan ialah Encik Abdullah Firdaus,, Pegawai Perhubungan Awam daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.. Beliau merupakan salah seorang alumni USIM dan juga alumni Maahad Johor.. Banyak ilmu baru yang diperoleh hari ni.. :)
Posted by inspirasee at 03:15 0 comments
1 March 2013
Ibrah Politik Zaman Salafussoleh
15 Mac 2013 | 8.00 malam
DKP 4
Universiti Sains Islam Malaysia
DKP 4
Universiti Sains Islam Malaysia
Anjuran :
Pelajar Tahun 2 Teknologi Kimia Industri USIM
dengan kerjasama
Majlis Perwakilan Pelajar USIM
Pelajar Tahun 2 Teknologi Kimia Industri USIM
dengan kerjasama
Majlis Perwakilan Pelajar USIM
Posted by inspirasee at 04:33 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)